Mahasiswa Jurusan Bahasa dan Sastra Jawa FBS UNNES melakonkan wayang kulit, Minggu, 8 Juli 2018, di gedung B8 kampus UNNES.

Penulis: Muhamad Najiy Bin Othman

Mahasiswa Program Kerja Sama Pengantarbangsaan Latihan Industri Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Malaysia di Fakultas Bahasa dan Seni UNNES

SEMARANG—Satu persembahan wayang kulit yang sangat menakjubkan dan mengagumkan yang telah dipersembahkan oleh mahasiswa daropada Universitas Negeri Semarang (UNNES) dengan pembawaan tema yang sangat menarik iaitu Shinta Diculik dan Anomanduto. Persembahan ini merupakan persembahan yang julung kali diadakan pada setiap tahun untuk melihat bakat—bakat yang ada kepada mahasiswa dalam menjaga budaya dan adat masyarakat Jawa.

Apabila ditusuri sejarah persembahan Wayang Kulit ini, ianya merupakan budaya masyarakat Jawa terdahulu yang sangat terkenal sehinggakan lahir tokoh—tokoh wayang kulit yang hebat di Indonesia. Oleh sifat prihatin mahasiswa UNNES ini, mereka telah menjalankan satu aktiviti pengabdian masyarakat di kawasan Kalopoduwur untuk mempelajari seni budaya wayang kulit ini.

Dengan inisiatif di bawah bimbingan pensyarah mereka dengan subjek Sastera Pewayangan, mereka telah berkampung di daerah tersebut selama 2 minggu di perkampungan masyarakat Jawa untuk mempelajari bagaimana untuk menghasilkan wayang kulit seterusnya mempersembahkannya kepada penonton.

Ini juga akan seterusnya dapat mengekal budaya wayang kulit ini dari zaman ke zaman seperti kata pepatah “Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas”. Budaya wayang kulit Bahasa Jawa ini akan terus diperkembangkan dari generasi ke generasi.

Seramai 99 mahasiswa telah diberi tugas untuk mempelajari seni wayang kulit ini termasuklah cara pementasan, muzik, lakonan, watak dan sebagainya. Cara pementasannya yang sungguh mengagumkan dengan alunan muzik yang sungguh sayu akan menjadikan lakonan cerita oleh Tok Dhalang itu akan memberi makna kepada yang menontonnya.

Putri Shinta Diculik dan Anumanduto telah dijadikan tema utama dalam persembahan wayang kulit ini. Jalan cerita dan watak dalam persembahannya dihasilkan sendiri oleh mahasiswa UNNES dalam bahasa Jawa yang telah dipelajarinya selama 2 bulan dalam kelas dan masyarakat.

“Berjumpa dengan masyarakat Jawa, makan seperti mereka, bertutur seperti mereka akan menjadikan mahasiswa ini lebih cepat untuk mempelajarinya” – Didik Supriadi, Pensyarah Sastera Bahasa Jawa UNNES. Ini jelas menunjukkan bahawa secara praktikalnya, mahasiswa ini telah mendapat bimbingan khas dan secara langsung dari masyarakat Jawa itu sendiri untuk mendalami ilmu wayang kulit ini seterusnya mempersembahkannya kepada khalayak ramai.

Walaupun mereka mempunyai batasan dalam penggunaan bahasa Jawa kerana bahasa Indonesia adalah bahasa utama, pelajar ini tetap berusaha untuk mepelajarinya dengan berjumpa dengan masyarakat Jawa dan akhirnya dapat melakukan satu pementasan yang sangat hebat dan menarik. Usaha titik peluh mahasiswa ini akan diinstitusikan dalam Seni Wayang Kulit UNNES untuk dijadikan rujukan dan dilakonkan semula pada masa akan datang.

Leave a Comment

Blue Captcha Image
Refresh

*