Penulis: Muhamad Najiy Bin Othman

Mahasiswa Program Kerja Sama Pengantarbangsaan Latihan Industri Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Malaysia di Fakultas Bahasa dan Seni UNNES

9 Julai 2018—Perbahasan tentang muzik yang mampu memberikan ketenangan serta menyihatkan tubuh badan telah menjadi satu fenomena perbahasan yang sangat terkenal pada waktu kini. Seperti di Universitas Negeri Semarang (UNNES), satu wawancara telah diadakan di Pusat Budaya UNNES, Fakulti Bahasa dan Seni untuk membahaskan mengenai perkara bagaimana muzik itu mampu mempengaruhi kehidupan manusia seluruh alam.

Majlis bermula dengan iringan lagu gamelan yang dipersembahkan oleh mahasiswa dan juga pensyarah daripada UNNES sendiri. Mereka merupakan pengiat seni yang sangat aktif di universiti yang sangat cintakan budaya Jawa ini kerana mereka tidak mahu budaya mereka ini dilupakan dari masa ke masa. Namun, apa yang menjadi penekanan dalam wawancara Selasa Legen adalah bagaimana muzik mampu menjadikan kehidupan manusia tenang dan sihat. Walaubagaimanapun, muzik barat yang keras dijadikan perbandingan untuk melihat sama ada muzik ini mampu mempengaruhi kehidupan manusia ini.

Secara umumnya, semua masyarakat tahu bahawa terdapat banyak muzik daripada barat merupakan lagu lagu yang sangat keras yang boleh membawa pengaruh negatif terhadap kehidupan manusia. Namun, bukan semua lagu barat yang bersifat demikian kerana terdapat juga lagu lagu lain yang tenang dan sedap didengar dengan telinga ini, kata Omar, Pensyarah Seni Muzik di UNNES. Tambahannya lagi, lagu seperti gamelan dan piano ini mungkin mampu menjadi terapi kepada masyarakat dunia kerana lagunya lebih membawa ketenangan dan kedinginan kepada pendengarnya.

Disebabkan perkara tersebut, masyarakat boleh menilai sendiri apakah jenis muzik yang bersirikan harmoni dan boleh menyumbang kepada ketenangan kehidupan masyarakat ini. Peperangan, pergaduhan, demonstrasi dan stres sebenarnya juga bermula dengan muzik muzik yang sangat keras dan mempunyai lirik yang tidak bagus. Hal ini demikian kerana, masyarakat tidak memberi peluang kepada tubuh badan untuk berasa tenang dengan mendengar muzik muzik yang bercirikan harmoni.

Sekalipun dalam agama Islam itu sendiri, bayi yang baru dilahirkan disematkan dengan azan dan kalimah suci indah supaya mereka mendapat pendedahan yang positif sejak kecil lagi kerana alunan yang didengarkan ditelinga akan menjadi gambaran kepada tubuh badan seseorang itu. Selain itu, antara alunan alunan yang boleh membawa ketenangan berdasarkan perbahasan yang panjang itu adalah pembacaan mantera dan bunyi alam seperti  bunyi pokok dan burung burung berkicauan. Sehinggakan kajian menunjukkan bahawa jika ingin melihat sesuatu bandar itu tenang atau tekanan, lihatlah kehadiran burung burung kerana burung hanya menetap di tempat yang mempunyai frekuensi yang tenang sahaja.

Pada akhirnya, majlis perbahasan tentang budaya muzik ini ditutup dengan tarian dan syair oleh pelajar seni dari UNNES. Mereka memberikan persembahan yang sangat hebat dan memukau penonton. Apabila dilihat, semangat mereka mencintai budaya ini sangat tinggi dan perlu dicontohi oleh semua masyarakat kerana mereka mahu menjadikan budaya ini keutamaan utama dalam kehidupan mereka. Kesimpulannya, muzik itu harus dinilai oleh masyarakat itu sendiri sama ada ianya membawa perkara positif ataupun negative.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *