Penulis:Nia Kurnia Binti Maliki

Mahasiswa Program Kerja Sama Pengantarabangsaan Latihan Industri Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Malaysia di Fakultas Bahasa dan Seni UNNES.

SEMARANG-Pergelaran UNNES MANTU kaping 7 atau Acara Perkahwinan UNNES julung kali diadakan setiap tahun yang mana dikelolakan oleh mahasiswa semester 4 dalam jurusan Bahasa dan Sastra Jawa daripada Fakulti Bahasa dan Seni Universitas Negeri Semarang (UNNES). Acara tahunan ini menjadi penantian yang bukan sahaja di tunggu-tunggu oleh mahasiswa malahan kepada masyarakat umum di sekitar Semarang. Acara yang mengangkat adat kebudayaan nusantara khususnya di Jawa ini memfokuskan kepada adat perkahwinan Jawa Surakarta. Bukan itu sahaja, acara ini juga telah menjadi salah satu projek atau tugasan akhir mahasiswa dalam jurusan Bahasa dan Sastra Jawa semester 4.

Pergelaran UNNES MANTU yang diadakan selama satu hari ini diisi dengan pelbagai acara yang dilaksanakan pada dua waktu yang berbeza. Acara pada pagi hari diisi dengan forum perbincangan mengenai sejarah, kepentingan dan pantang larang adat perkahwinan Jawa Surakarta. Forum perbincangan ini dihadiri dengan tiga panel jemputan iaitu Widodo Wikandana Pensyarah Panatacara UNNES dan Ki Widodo Brotosejati Pensyarah Seni Muzik dan Praktisi Karawitan dan Widya Iswara Pamulangan Pamedharsabda Panatacara Keraton Surakarta Hadiningrat, manakala Didik Supriyadi iaitu Pensyarah Sastera Bahasa Jawa UNNES sebagai moderator perbincangan Pergelaran UNNES MANTU kaping 7 tersebut.

“Budaya Jawa yang diaplikasikan adalah berdasarkan daripada nilai-nilai luhur dari masyarakat setempat itu sendiri dimana penyesuaian antara apa yang dibutuhkan oleh kita keseharian diterapkan dalam bentuk dua hal iaitu simbolisme dan tuturan atau pendidikan.” – Widodo Wikandana Pensyarah Panatacara UNNES.

Membahaskan mengenai proses perkahwinan adat Jawa ini menjadi sebuah kepentingan kepada mahasiswa di UNNES sebagai bentuk pengetahuan tambahan yang sudah dipelajari di dalam kelas yang akan dijalankan secara praktikal pada waktu sebelah petang.

Sepanjang perbahasan yang dijalankan tersebut, inti kepada acara ini adalah bukan sahaja kepada proses terperinci perihal perkahwinan yang lebih teratur akan tetapi bagaimana mewujudkan sebuah perkahwinan yang berkah dan mengekalkan keharmonisan dalam kehidupan berumah tangga.

Menjunjung kebudayaan Jawa, sajian pergelaran yang diadakan pada waktu sebelah petang adalah dengan tiga proses utama mantu iaitu adat  Siraman, Midodareni dan Nebus Kembar Mayang dan Panggih Pengantin. Ketiga-tiga proses ini dilakukan sendiri oleh semua mahasiswa semester 4 dalam Jurusan Bahasa dan Sastra Jawa. Pergelaran UNNES MANTU ini menjadi sebuah keunikan kerana acara yang dilaksanakan adalah sama hal seperti sebuah perkahwinan yang nyata.

UNNES yang membawa visi menjadi sebuah universiti berwawasan konservasi ini dapat digambarkan melalui Pergelaran UNNES MANTU kaping 7 yang mana sekaligus membuktikan bahawa budaya adat Jawa sangat dipelihara dan dihargai bagi semua masyarakat khususnya di Semarang. Walaupun era teknologi semakin berkembang, adat budaya Jawa masih berada di tingkat posisi yang tinggi bak kata pepatah Melayu “yang lama dikelek, yang baharu didukung”.

Oleh hal yang demikian, acara ini bukan sahaja dapat mengekalkan kelestarian budaya adat Jawa akan tetapi menjadi sebuah pembelajaran dan pengetahuan yang bermanfaat buat semua yang hadir dalam Pergelaran UNNES MANTU ini. Sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa UNNES dan masyarakat setempat membuatkan acara ini menjadi lebih bermakna.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *